Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin
Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin

Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin

Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin yang lebih mesra dipanggil Fakhrul dilahirkan pada (1986-04-06) 6 April 1986 (umur 33) di Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau merupakan ahli UNIC[1] yang baru pada tahun 2009 menerusi penampilan beliau dalam album terakhir UNIC di bawah label Hijjaz Records Sdn. Bhd. iaitu album Langkah Tercipta. Selain menyanyi, beliau juga aktif berdakwah dan pernah menjadi pakar motivasi. Beliau kini aktif mengacara rancangan BISMILLAH AD DUHA bersama PU Amin, Yana Samsudin dan Diana Amir selain mengajar Al-Quran sebagai sampingan. Beliau juga ialah juara pertandingan Akademi Al-Quran musim yang ketiga[2] dan terbaru beliau dan kumpulan UNIC telah merangkul juara bagi pertandingan GEMA GEGAR VAGANZA.Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya bernama Syahirah dan dikurniakan dua orang anak.

Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin

Pekerjaan Pengarah Eksekutif / Penyanyi /Pendakwah/Pengacara/QARI/ Tenaga Pengajar Al-Quran
Pasangan Syahirah
Anak MuqriWaffa
Tahun aktif 2009 - KINI
Majikan UNIC DOTMY PRO Sdn. Bhd.
Nama lain FakhrulUNIC
Terkenal kerana Ahli UNIC, juara pertandingan Akademi Al-Quran musim yang ketiga. Juara Gema Gegar Vaganza - UNIC. Pengacara Bismillah ad duha dan Qari Junior 2017
Warganegara  Malaysia
Kampung asal Alor Setar, Kedah Darul Aman
Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah Diploma Tahfiz Quran dan Qiraat, Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah
Kelahiran Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin
(1986-04-06) 6 April 1986 (umur 33)
Pusat pendidikan Kolej Universiti Insaniah (KUIN)